Kebudayaan warisan bangsa negara ini semakin dilupakan oleh remaja kita dek arus pembangunan yang rancak itu.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk melestarikan warisan seni budaya.
Kebudayaan warisan bangsa bolehlah ditakrifkan sebagai kebudayaan
sesuatu bangsa itu yang amat dihargai oleh rakyat. Kebudayaan warisan
bangsa merujuk budaya yang sudah diamalkan sejak berkurun lamanya oleh
sesuatu bangsa itu. Antara kebudayaan itu meliputi pakaian, makanan dan
juga bahasa yang begitu diagungkan oleh setiap kaum itu. Pihak media
massa juga ada menyiarkan pelbagai ulasan mereka tentang kebudayaan
warisan kita yang semakin terhakis terutama dalam jiwa remaja zaman
modern ini. Lantaran itu, pelbagai langkah susulan boleh diambil untuk
memastikan kebudayaan warisan ini terus berkekalan.
Langkah awal sudah pasti melibatkan penggunaan kempen kesedaran yang
berkesan oleh pihak berkuasa. Kempen ini disiarkan melalui media massa
dengan menggunakan tokoh budaya sebagai jurucakap kempen itu
bersama-sama informasi yang lengkap tentang kebudayaan kita. Kaedah ini
memastikan remaja memahami dan mengetahui mengenai kebudayaan sendiri
dengan mudah dan menarik pula lalu timbul perasaan menghargainya. Jadi,
kempen yang efektif berupaya untuk memastikan kebudayaan ini terus
berkekalan.
Selain itu, pihak berkuasa boleh menubuhkan pelbagai agensi dan
institusi latihan yang berkaitan dengan kebudayaan ini. Peranan agensi
ini adalah untuk melancarkan program berkaitan dengan kebudayaan
sepanjang tahun dan institusi ini pula berpeluang melatih remaja tentang
aspek kebudayaan itu dengan baik. Sudah pasti ramai remaja kita akan
mahir dalam tarian, seni tukang, lukisan corak batik dan nyanyian
dondang sayang itu. Jelaslah, kewujudan agensi khas dan institusi
latihan menjamin kebudayaan kita ini terus wujud dalam sanubari remaja
kita pula.
Bukan sahaja kempen dilancarkan dan agensi serta insitusi ditubuhkan
tetapi perubahan minda masyarakat terhadap kebudayaan juga harus berlaku
dengan drastiknya. Masyarakat terutama ibu bapa sering memandang rendah
aktiviti atau kerjaya dalam bidang kebudayaan dengan alasan tiada
prospek masa depan. Jika ibu bapa melihat kebudayaan sesuatu yang baik
sudah pasti remaja lebih rela untuk melibatkan dirinya dalam sebarang
aktiviti budaya ini. Sesungguhnya, persepsi masyarakat yang kelirulah
yang menyebabkan kebudayaan kita terus whiling ditelan dek zaman.
Malah, pemberian pelbagai insentif daripada pihak kerajaan boleh
memberikan galakan agar masyarakat menghargai kebudayaan ini. Pemberian
insentif itu meliputi pemberian geran kewangan, biasiswa, kemudahan
pinjaman dan sebagainya yang memudahkan pihak tertentu untuk mengikuti
latihan atau menganjurkan program berunsur kebudayaan ini. Jika lebih
banyak aktiviti kebudayaan boleh dianjurkan sudah pasti tahap kefahaman
masyarakat tentang kepentingan kebudayaan itu amat dihargai pula. Oleh
itu, insentif yang betul dan banyak serta mudah memberikan satu peluang
untuk kebudayaan ini terus wujud di Malaysia.
Tambahan pula, kebudayaan warisan negara ini boleh diteruskan melalui
pengawalan budaya asing ke negara ini. Maksudnya, semua program
televisyen yang berunsur budaya kuning hendaklah dipantau oleh pihak
berkuasa kerana penghakisan kebudayaan warisan negara ini berlaku
disebabkan oleh mudahnya budaya luar meresap ke dalam jiwa remaja.
Kesukaran untuk melihat budaya luar mengurangkan risiko buat remaja
untuk mengikuti budaya yang tidak sesuai itu. Maka, tindakan tegas untuk
mengawal kehadiran budaya luar menjadi benteng asas memastikan
kebudayaan warisan kita ini terus wujud untuk beberapa dekad akan datang
pula.
Kesimpulannya, semua tindakan yang disuarakan tadi memang praktikal
untuk dilaksanakan di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutama remaja
itu amat diperlukan agar kebudayaan kita ini terus berkekalan. Kegagalan
untuk mengekalkan kebudayaan sendiri boleh menyebabkan imej negara dan
masyarakat itu sendiri akan musnah dalam sekelip mata sahaja. Bak kata
pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' yang membuktikan
betapa pentingnya kebudayaan sesebuah bangsa itu dalam kehidupan.
Seni masuk juga ke dalam karangan ini tak ada
BalasHapusPihak berkuasa dgn pihak kerajaan bkn sama ke?
BalasHapusTak sama, pihak kerajaan memang pihak kerajaan je tapi kalau pihak berkuasa maksudnya org yg berkuasa dlm satu organisasi mcm tulah
Hapusterima kasih
BalasHapusthanks
BalasHapussama²
Hapus?
Hapusapa masalah kau
Hapussorry ..........
Hapustak baik ah
HapusYoko
BalasHapusbenda dah viral
Hapusbenda dah viral
Hapusterima kasih admin
BalasHapusala dah viral
BalasHapusWynn Casino and Hotel - Trip.com
BalasHapusFind all information and best deals of Wynn Casino and Hotel, 여수 출장마사지 Las Vegas on Trip.com! Book the hotel with real traveler reviews, 김해 출장안마 ratings and latest pictures 수원 출장안마 of Rating: 4 · Review 창원 출장샵 by 과천 출장안마 a Tripadvisor user